Disebalik Kisah Surah An-Nahl Ayat 92 Berkaitan Jodoh.
Ada seorang hamba Allah ini. Dia keliru dengan cintanya. Dia amat
sedih sekali. Insan yang dicintai sekian lama tidak juga kunjung tiba
untuk melamarnya. Insan lain yang tidak pernah dikenalinya pula datang
merisiknya. Dia tidak tahu siapa harus dipilih. Lalu dia menangis dalam
sujudnya memohon petunjuk daripada Allah dikala itu. Usai doanya dia pun
membuka tafsir quran. Berharap sangat sedikit motivasi dari kitabullah
itu untuk meredakan kesedihan yang melandanya detik itu. Lalu dibukanya.
Terlintas dimatanya satu ayat dari surah An-NahI ayat 92.
“Dan janganlah kamu seperti perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi bercerai-berai kembali…”
Alhamdulillah, Allah masih sudi mendengar rintihan hati kotor ini.
Terasalah dia bahawa Allah sedang memujuknya. Teramatlah terharunya
insan ini kerana Allah masih sudi mendengar doanya kala itu. Mari kita
hayati kisah disebalik ayat ini.
“Oh.. ibu, usiaku sudah lanjut, namun belum datang seorang pemuda
pun meminangku…? Apakah aku akan menjadi perawan seumur hidup?”
Kira-kira begitulah keluhan seorang gadis Mekah yang berasal dari Bani
Ma’zhum yang kaya raya. Mendengar rintihan si anak, ibunya yang teramat
kasih dan sayangkan anaknya lantas kelam kabut ke sana ke mari untuk
mencari jodoh buat si puteri.
Pelbagai ahli nujum dan dukun ditemuinya, ia tidak peduli berapa saja
wang yang harus keluar dari saku, yang penting anaknya yang cuma
seorang itu dapat bertemu jodoh. Namun sayang usaha si ibu tidak juga
menampakkan buahnya. Buktinya, janji-janji sang dukun cuma bualan
kosong belaka. Sekian lama mereka menunggu jejaka datang melamar,
sedangkan yang ditunggu tidak pernah nampak batang hidungnya.
Melihat keadaan ini tentu saja gadis Bani Ma’zhum yang bernama Rithah
AI-Hamqa menjadi semakin bermuram durja, tidak ada kerja lain yang
diperbuatnya setiap hari kecuali mengadap di depan cermin untuk
memandang diri sambil terus bertanya-tanya, “Mengapa sampai hari ini
tidak kunjung datang juga seseorang yang akan mengahwiniku?” Penantian
jodoh yang ditunggu-tunggu Rithah akhirnya tamat tatkala ibu saudaranya
yang berasal dari luar daerah berkunjung ke rumah mereka dengan membawa
jejaka tampan. Akhirnya Rithah yang telah lanjut usia pun menikah
dengan jejaka yang muda rupawan. Kenapa sipemuda itu bersedia menikahi
gadis Bani Ma’zhum yang telah tua itu..?
Oh… ternyata ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya jejaka rupawan
yang miskin itu hanya menginginkan kekayaan Rithah yang melimpah ruah.
Sebaik sahaja si jejaka telah berhasil menggunakan sebahagian harta
Rithah ia pun pergi tanpa apasan dan kesan…. Dan tinggallah kini Rithah
seorang diri, menangisi pemergian suami yang tidak tentu ke mana
perginya.
Kesedihan dan kemurungannya dilepaskan Rithah dengan membeli
beratus-ratus buku benang untuk dipintal (ditenun), setelah jadi hasil
tenunannya, wanita itu mencerai-beraikan lagi menjadi benang. Lalu ia
tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Begitulah seterusnya ia jalani
sisa-sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliyyah mengatakan, Asmara
boleh membuat orang jadi gila sasau.” (tentu bagi orang-orang yang tidak
memiliki iman) AI-Qur’anul Karim mengabadikan kisah gadis Bani
Ma’zhum ini dalam surat An-NahI ayat 92),
“Dan janganlah kamu seperti perempuan yang menguraikan
benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi bercerai-berai
kembali…”
Yang dimaksud AlQur’an dengan ‘wanita pengurai benang yang telah
dipintal’ tidak lain adalah Rithah AlHamqa. Dalam ayat tersebut Allah
melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh.
Namun demikian banyak ibrah(pengajaran) yang dapat kita petik dari
episod gadis kaya keturunan Bani Ma’zhum tersebut. Kisah Rithah
mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh
tidak dapat dihindari manakala kita belum menginginkannya, dan
sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita sudah teramat sangat
ingin mendapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda:
“Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia
masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya,
jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.
Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita
untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya
jodoh itu pasti akan datang sendiri. Episod Rithah juga mengajar kita
untuk melakukan ikhtiar (usaha) dalam mencapai cita-cita. Kalau ibu
Rithah berjumpa pelbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendapatkan
jodoh, bagi kita tentunya mendatangi AI-Mujub (yang Maha Pengabul doa)
agar tujuan kita tercapai. Allah sendiri telah berfirman:
“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah
bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu..
“(QS. 2:186)
Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya
bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak
mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah?
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun
bersabda tentang masalah doa,
“Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa”.
“Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa”.
Pengajaran berikutnya yang dapat kita petik, ialah memupuk sikap
‘sabar’ dalam menghadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita
padahal usia kita telah semakin senja. Firman Allah dalam Surah
AI-Baqarah ayat 45,
“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”.
Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dalam masalah jodoh ini. Masalah ini banyak ditanggung oleh saudara-saudara kita yang sudah layak nikah namun belum ada juga ikhwah yang datang meminang merupakan ujian yang – wallahu a’lam – sesuai dengan ketetapan Allah. Banyak kisah nyata bahawa resah gelisah dan tidak sabar dalam masalah jodoh malah membuat kehidupan selepas nikah jadi tidak seindah semasa masih bujang. Di samping itu kita pun harus tetap menjaga kemurnian niat kita untuk menikah.
“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”.
Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dalam masalah jodoh ini. Masalah ini banyak ditanggung oleh saudara-saudara kita yang sudah layak nikah namun belum ada juga ikhwah yang datang meminang merupakan ujian yang – wallahu a’lam – sesuai dengan ketetapan Allah. Banyak kisah nyata bahawa resah gelisah dan tidak sabar dalam masalah jodoh malah membuat kehidupan selepas nikah jadi tidak seindah semasa masih bujang. Di samping itu kita pun harus tetap menjaga kemurnian niat kita untuk menikah.
Motivasi usia yang semakin senja
serta tidak tahan mendengar umpatan orang sekitar harus secepatnya
dihilangkan. ltu semua tidak akan menghasilkan suatu rumahtangga Islami
yang kita harapkan. Ini adalah kerana kekukuhan rumahtangga kita seiring
adadengan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita.
Sungguh beruntung sekali menjadi orang-orang mukmin. Tatkala
mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan bersabar maka sabarnya menjadi
kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat ia bersyukur, maka
kesyukurannya itu menjadi baik pula baginya. Kisah gadis Bani Ma’zhum
itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman kemudiannya bahawa
jodoh merupakan amanah Allah.
Amanah yang hanya akan diberikan pada
seseorang yang dianggap telah mampu memikulnya kerana amanah merupakan
sesuatu yang harus dipelihara dengan baik dan dipertanggungjawabkan.
Manakala kita belum dikurniai amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum
waktunya untuk kita memikul amanah tersebut.
Sikap kita yang paling baik dalam hal ini adalah sentiasa bersangka
baik (husnudzon) kepadaNya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau
sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut
Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri
kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah.
“Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui” (QS. 2:216)
“Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui” (QS. 2:216)
Akhir sekali kisah Rithah memberikan ibrah(pengajaran) kepada kita
untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang
berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada
makhluk (suaminya), hingga membuat ia ‘gila sasau’. Bagi kita tentu
cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’lah
pula (Khaliq).
Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu
huballillah adapun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya
kepada Allah (asyaddu huballillah)(QS. 2:165). Jika arah cinta kita
sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan
kita. Seorang penyair dari Seberang yang terkenal Khairil Anwar pernah
menulis puisi:
Tuhanku Dalam termangu.
Aku masih menyebut namaMu
Walau susah sungguh Mengingat
kau penuh seluruh
Tuhanku Aku hilang bentuk Remuk
Tuhanku Di pintuMu aku mengetuk
Aku tidak bisa berpaling
(dari petikan puisi ‘DOA’ – Khairil Anwar)
Aku masih menyebut namaMu
Walau susah sungguh Mengingat
kau penuh seluruh
Tuhanku Aku hilang bentuk Remuk
Tuhanku Di pintuMu aku mengetuk
Aku tidak bisa berpaling
(dari petikan puisi ‘DOA’ – Khairil Anwar)
Sampai begitu sekali dalamnya mencintai Allah dalam sajak tersebut, mengapa kita tidak boleh?
Wallahua’lam bisshawab…
0 komentar:
Posting Komentar