Jumat, 29 November 2013

Hidup

Belajar daripada orang bijak
“HIDUP bukan sekadar menunggu mati meskipun ajal dan maut tetap menanti”. 

Hidup jangan terlalu memikirkan masa hadapan kerana ia akan menjadi racun kepada pemikiran. 


Rebutlah seberapa banyak peluang yang ada pada hari ini, Pastikan setiap saat yang berlalu tidak sia-sia.

Kalau kita pelajar, belajar bersungguh-sungguh dan andainya kita pekerja, jadilah pekerja yang berdaya maju. Belajar, berusaha, berdoa dan bertawakal untuk mencapai kejayaan.

Belajar daripada orang yang bijak. Seseorang itu jahil sekiranya dia berpuas hati dengan hujah orang jahil. 

Siapakah orang bijak? Sesungguhnya dia adalah orang yang di dalam hatinya sentiasa mengingati saat-saat kematian, mereka sentiasa takut untuk melakukan perkara-perkara sumbang. 

Siapakah orang yang jahil? Dia ialah orang yang sentiasa memikirkan yang dia akan hidup selama-lamanya.

Justeru, janganlah kita lagukan lagi irama sendu. Nyanyikan lagu-lagu kejayaan. Lemparkan gerhana bulan ke lautan dan berikan SENYUMANMU yang paling manis sepanjang zaman.

JANGANLAH kita memandang rendah Arti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

DUA sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.

TERLALU sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

TEMAN ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan TAPI sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

PERSAHABATAN yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Hidup ini penuh dengan kenangan yang mendewasakannya ialah pengalaman, yang mematangkannya pula ialah cabaran. Pahit manisnya sukar untuk dikenang, sayang sekali untuk dibuang



0 komentar:

Posting Komentar