Surah Al-Waqiah
Dalam surah Al-Waqiah ada dinyatakan bahawa terdapat 3 golongan manusia, iaitu Muqarrabin, Golongan Kanan dan Golongan Kiri.
Siapakah Muqarrabin itu? “Mereka ialah yang didekatkan pada Allah dan berada di dalam syurga yang penuh kenikmatan.” Al-Waqiah 11.
Siapa
pula Golongan Kanan? Golongan Kanan ialah yang melakukan kebaikan
semasa di dunia (orang yang bertakwa) dan mereka talah dijanjikan oleh
Allah dengan kebahagiaan di akhirat.
“Mereka duduk antara pohon
bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya
serta naungan yang terbentang luas. Mereka menikmati air yang tercurah
dan buah-buahan yang banyak yang tidak berhenti berbuah dan mereka tidak
dilarang mengambilnya. Mereka duduk di atas tilam-tilam yang tebal lagi
lembut. Sesungguhnya kami menciptakan bidadari-bidadari dan kami
jadikan mereka gadis-gadis perawan yang sebaya umurnya. Kami ciptakan
mereka untuk golongan kanan…” Al-Waqiah 27 -40)
Siapa
pula Golongan Kiri? Mereka pula ialah semasa di dunia hidup dalam
keadaan mewah dan mereka terus-menerus mengerjakan dosa besar. Mereka
terdiri dari golongan yang kufur.
Surah
Waqiah dikatakan surah untuk rezeki kerana Nabi Muhammad s.a.w
menggalakkan kita membacanya setiap malam. Banyak khasiat bagi pembaca
Al-Quran dan di dalam buku ini ditegaskan bahawa untuk mendatangkan
rezeki, kita dianjurkan untuk membaca surah ini dengan khusyuk.
Surah
al-Waaqiah ialah ayat yang ke 56 dalam al Quran. Surah ini mempunyai 96
ayat. Sila rujuk al Quran untuk melihat ayat tersebut. Ayat tersebut
juga terkenal dengan gelaran surah kaya.
Daripada
Abi Dhibah berkata: Usman Ibnu Affan r.a berkata, Sesungguhnya saya
perintah kepada mereka supaya membaca surah “al-Waaqiah” tiap tiap
malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca surah ‘al-Waaqiah’ tidak akan jadi miskin selama-lamanya.”
Jika
anda telah mula membaca surah al-Waaqiah buat beberapa waktu,
InsyaAllah akan boleh menghafaznya dan boleh membacanya di dalam
kenderaan, dalam perjalanan dan sebagainya. Surah ini elok dibaca pada
waktu malam sebagai amalan.
Rasailah sendiri kelebihan dan kekuatan yang
diberikan oleh Allah kepada orang yang mengamalkan surah ini.
0 komentar:
Posting Komentar